INSAN CEMERLANG

Jadilah insan yang cemerlang di dunia dan akhirat

Saturday, March 19, 2011

KERTAS PMR 45/1

Mengenal Kertas PI PMR

Bagi pelajar yang menduduki PMR tahun ini,
jom kita mengenal Kertas Pendidikan Islam PMR (45).

Pendidikan Islam 45/1 : Ujian Bertulis
  • Bahagian A : dua soalan mengandungi TILAWAH, HADIS dan JAWI, pelajar diberi pilihan memilih salah satu soalan ( 20 markah )
  • Bahagian B : mengandungi AQIDAH, IBADAH, SIRAH dan ADAB ( 80 markah )

Pendidikan Islam 45/2 : (bahagian A) = Ujian Tilawah & Hafazan.
  • Pelajar akan diuji dalam bidang Tilawah : membaca satu muka surat al-qur'an dengan tajwid, fasahah dan adab yang betul.
  • Pelajar akan diuji dalam bidang hafazan : menghafaz 8 ayat pilihan

Pendidikan Islam 45/2 : (bahagian B) = Penilaian Adab dan Akhlak Islamiah.
  • Penilaian adab dan akhlak ( guru )
  • Penilaian adab dan akhlak ( ibubapa )
  • Penilaian adab dab akhlak ( rakan sebaya )

KAEDAH PENGAJARAN PEND.ISLAM

Kaedah Pengajaran

Home Up

Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.

Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

  • kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
  • kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang

hendak dicapai

  • kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran

yang diajar

  • kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
  • kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
  • mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
  • kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

  • Tujuan am (learning goal)
  • Objektif pelajar (specific objective)
  • Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit tertentu untuk menolong pelajar mengenal objektif pembelajaran
  • Perlu ada mekanisma untuk memantau kemajuan pelajar

  • Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar


Kata Cangelosi (1992):

Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what students are expected to learn.

Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)

Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:

Planning

Implementation

Evaluation

Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).

“…effective teacher is one who is able to demonstrate the
ability to bring about intended learning goals”.
Parrott (1986:5)

Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul.

Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah.

Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).

Rujukan

Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris
al-`ammah.
Riyadh: Dar Al-Huda.

Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi
usul at-tarbiyah
wat-tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.

An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit:
Makatabah Al-Manar.

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur:
Karya Bistari.

Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York:
Longman.

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.

Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya:
Bina Ilmu.

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran
mikro
. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York:
Longman, 7th ed.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik
darjah, kaedah & strategi.
Kajang: Masa Enterprise.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala
Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

PERSEDIAAN SEORANG GURU PEND.ISLAM

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan pengajaran. Antaranya ialah:

1. Mengenal diri.

Apabila kita menceburkan diri di dalam bidang perguruan, kita harus sedar siapa kita. Kita sebagai seorang guru dan dalam kategori mana. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah, seperti mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib, dai`e, raais, nasih dan lain-lain

Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris.

Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar.

Murabbi pula bermaksud mendidik. Iaitu mendik dengan perasaan kasih dan sayang. Walau pun perkataan ini digunakan juga untuk perkara lain, seperti memellihara binatang dan pokok, tetapi apabila dipakai kepada manusia ia bermaksud mendidik anak-anak didik dengan penuh perasaan kasih sayang. Pemakaian ini disentuh di dalam surah al-Isra ayat 24, di mana Allah mengajar manusia supaya berdoa kepada Allah agar Allah mengasihi ibu bapa kita seperti mana mereka mendidik dan mengasihi kita semasa kita kecil dahulu. Dalam istilah ini terangkum juga di dalamnya menasihat dan membimbing.

Muaddib bermaksud mengajar adab. Apa yang diajarkan kepada murid atau anak-anak, sama ada bentuknya ilmu, kisah, permaianan, maka semuanya itu menjurus kepada mendidik anak-anak supaya beradab. Ilmu itu ialah adab, menuntut ilmu juga ialah adab, semasa menunutut ilmu kita perlu beradab, tanpa beradab ilmu menjadi tidak berkat. Dengan itu, sebelum mengajar pengetahuan berkaitan, ajar dahulu cara-cara dan adab-adab belajar.

Dai`e bermakana orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi mengajar dan mengajak muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan.

Raais bermaksud ketua atau pemimpin. Di dalam sekolah guru adalah ketua. Apa sahaja kata guru akan diikut oleh murid. Ketua yang berwibawa haruslah mempunyai beberapa kriteria supaya sesuai dengan tugasnya sebagai guru dan ketua. Antaranya, ilmu, perwatakan, ketokohan, kewibawaan, akhlak, sikap dan penghayatan Islam.

Nasih dari segi bahasa ialah penasihat atau orang yang memberi nasihat. Maksudnya di sini ialah kaunselor. Jadi guru haruslah menyediakan masa untuk mendengar masalah murid dan seteruskan memberi cadangan, bimbingan dan nasihat. Ia tidak terhad kepada hal-hal pelajaran sahaja, malah ia boleh juga mengenai hal-hal sikap, tujuan hidup, kerjaya dan sebagainya.

Sekarang, cuba renungkan. Kita berada dalam ketegori mana? Sepatutnya bukan satu. Semua nilai-nilai itu ada pada setiap orang guru. Dengan itu barulah pengajarannya memberi kesan yang baik, bukan sahaja dalam aspek kognitif, malah dalam psikomor, affektif dan perasaan.

2. Menguasai Ilmu

Dalam hal ini ilmu boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu Ilmu bidang, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu alat.

Ilmu Bidang ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang kita. Justeru guru agma mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains, maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya.

Ilmu Fardhu Ain bukan berksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini ialah Asas Fardhu Ain. Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui haram halal dan sebagainya. Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Guru pun demikian juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab.

Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-masing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.

3. Mengenal murid. Ini termasuklah mengenal nama murid dan anak siapa. Adakah murid ini bermasalah sama ada dari segi kesihatan perangai dan lain-lain. Mengetahui tahap umurnya, mengenal ibu bapa, sosioekonomi, dan tujuan murid itu dihantar ke sekolah. Adakah untuk belajar atau memenuhkan masa, atau untuk mendapat sesuatu sahaja, bukan semua pelajaran yang ditetapkan dan sebagainya.

4. Mempunyai kepakaran pengurusan bilik darjah. Di dalam bilik darjah terdapat murid-murid dan benda-benda lain seperti kerusi, meja, papan tulis gambar dan lain-lain. Guru perlu tahu bagaiman hendak mengurus segala kelengkapan bilik darjah supaya sesuai dengan mata pelajaran yang diajar dan nampak ceria dan kondusif. Bagaiman hendak mengawal kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Ini termasuklah kedudukan murid di dalam kelas. Yang kecil, yang besar, yang degil, yang lemah, yang kurang pendengaran, yang kurang pengelihatan, dan lain-lain.

5. Menguasai kemahiran starategi pengajaran. Strategi pengajaran ada dua, iaitu Strategi Profesional dan Strategi Kasih Sayang. Strategi profesionl termasuklah merancang, memilih tajuk, menyusun fakta, menyusun langkah-langkah pengajaran, pembinaan soalan dan sebagainya. Manakala strategi kasih sayang ialah pendekatan sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak. Menolong, menasihat, bermesra dengan menggunakan bahasa isyarat dan body language setakat yang dibenarkan.

FORMAT KERTAS PMR

Pendidikan Islam

Melibatkan dua bahagian, satu bertulis jawi dan satu bertulis rumi, Bahagian A mengandungi 2 soalan yang terbahagi pula kepada dua bahagian, pelajar perlu memilih satu soalan dan menjawab semua bahagian di dalamnya, Bahagian A melibatkan topik Tilawah dan Hadis. Bahagian ini mempunyai 20 markah. Bahagian B mengandungi 4 bahagian, iaitu, Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Semua wajib dijawab, bahagian ini mempunyai 80 markah. Hasil tambah kedua-dua bahagian ialah 100.

SKOP SUKATAN PELAJARAN PMR

Subjek Pendidikan Islam
Tahap Topik
Tingkatan 1 Tilawah
  • Al-Quran Menjana Kecermelangan Hidup
  • Mencontohi Kepatuhan Malaikat
  • Berbudi dan Berbakti Cara Hidup Mukmin
  • Sabar Menghadapi Ujian Allah S.W.T.
  • Makanan yang Halal dan Haram Menurut Islam
  • Kepentingan Doa Dalam Hidup Mukmin
  • Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan
  • Keagungan dan Kekuasaan Allah S.W.T.
  • Berpegang Teguh dengan Agama Allah S.W.T.
  • Sifat-sifat Allah S.W.T.

Hadis

  • Pengenalan Hadis
  • Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin
  • Ilmu Pengetahuan Asas Kejayaan

Akidah

  • Konsep Akidah
  • Asas Akidah Islam
  • Konsep Muslim dan Mukmin
  • Rukun Iman Teras Akidah Islam
  • Dalil Kewujudan Allah S.W.T.

Ibadah

Sirah

  • Masyarakat Arab Sebelum dan Selepas Islam
  • Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w.
  • Kejayaan Rasulullah s.a.w. Meletakkan Asas Akidah yang Kukuh
  • Strategi Perjuangan Rasulullah s.a.w. di Makkah
  • Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah
  • Kunggulan Perjuangan Tokoh-tokoh Islam

Akhlak

  • Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan
  • Adab Berkawan
  • Adab kepada Ibu Bapa
  • Adab Bergaul dengan Keluarga
  • Adab Berguru
  • Adab Menuntut Ilmu
  • Adab Menjaga Harta Sekolah
  • Adab Membaca Al-Quran
Tingkatan 2 Tilawah
  • Hidayah Sumber Kebahagiaan
  • Ilmu Penyuluh Kehidupan
  • Menginsafi Kekuasaan Allah S.W.T.
  • Menghargai Sunatullah
  • Perpaduan Asas Kesejahteraan
  • Dakwah Tanggungjawab Bersama
  • Segera Bertaubat dan Beristighfar
  • Mencontohi Dakwah Rasulullah s.a.w.

Hadis

  • Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama
  • Sedekah Pemangkin Kesejahteraan

Akidah

Ibadah

  • Solat Qasar dan Jamak
  • Puasa Menjana Keperibadian Muslim
  • Menghayati Bulan Ramadhan
  • Zakat Fitrah

Sirah

Akhlak

  • Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan
  • Menghayati Adab Berjiran
  • Menjaga Maruah Diri
  • Menjana Keharmonian Hidup
  • Memelihara Kesucian Masjid dan Surau
  • Memelihara Kesucian Mashaf
  • Doa Penyeri Kehidupan
  • Wawasan Beribadat
Tingkatan 3 Tilawah
  • Memohon Keampunan dan Rahmat Allah S.W.T.
  • Meyakini Hari Kebangkitan
  • Memanfaatkan Anugerah Allah S.W.T.
  • Mengingati Allah S.W.T. Menenangkan Hati
  • Menunaikan Kewajiban Solat Jumaat

Hadis

  • Amalan Kebajikan Mukmin
  • Adab kepada Binatang

Akidah

  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada Hari Akhirat
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar

Ibadah

Sirah

  • Kunggulan Perjuangan tokoh-tokoh
  • Kepimpinan Rasulullah s.a.w. di Madinah
  • Pembukaan Kota Makkah

Akhlak

  • Adab Dalam Hubungan Sosial
  • Adab terhadap Ibu Bapa
  • Adab Berpidato

Monday, March 14, 2011

STRATEGI MENJAWAB SOALAN

Fahami betul-betul kehendak soalan.Gariskan ‘key’ (kunci soalan) supaya anda senang memahami kehendak soalan dan dapat memberikan jawapan yang betul.Sebagai contoh lihat soalan di bawah:


Soalan 1(a)i- Terangkan tiga ialah kelebihan orang yang bertaqwa berdasarkan ayat di atas?

Jawapan: Tiga kelebihan orang yang bertaqwa ialah;-
a- Sentiasa dirahmati Allah.
b- Mendapat kemurahan rezeki.
c- Menjadi orang yang berilmu.

Banyak alternatif yang boleh digunakan seperti mengariskan
dengan menggunakan pen pelbagai warna, pensel dan lain-lain.


· Berikan kepala jawapan supaya anda tidak keliru dan memudahkan anda menyediakan jawapan yang sebenar.


Contoh soalan : Senaraikan tiga kelebihan adab berjiran.

Contoh kepala jawapan : Tiga kelebihan adab berjiran ialah:-
a- Dirahmati oleh Allah
b- Disayangi oleh masyarakat.
c- Mengeratkan silaturahim





Nota Hadis Tingkatan 3-AMALAN MUKMIN CEMERLANG

AMALAN MUKMIN CEMERLANG

عَنْ أبِيْ مَالِكٍ الحْاَِرثِ بْنِ عَاصِمِ الأَشْعَرِي رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صلي الله عليه وسلم:الطُّهُوْرُ شَطْرُ الاءِيمْاَنِ, وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلأُ اْلمِيْزَانَ, وَسُبْحَانَ الله وَالحَمْدُ لله تَمْلآنِ أوتَمْلأُ مَا بَيْنَ الْسَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُوْرٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْءَانُ حُجَّةٌ لَكَ أوْ عَلَيْكْ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُوْ فَبَائِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوْبِقُهَا.
MAKSUDNYA
Daripada Abu Malik al-Harith b “Asim al-Asyari katanya; Rasulullah bersabda: Bersuci itu sebahagian daripada iman, al-Hamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan al-Hamdulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran, al-Quran itu hujjah untuk engkau atau terhadap rngkau, Semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya”

Ayat hadis
Terjemahan
الطُّهُوْرُ شَطْرُ الاءِيمْاَنِ, وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلأُ اْلمِيْزَانَ
Bersuci itu sebahagian daripada iman, al-Hamdulillah memenuhi timbangan,
وَسُبْحَانَ الله وَالحَمْدُ لله تَمْلآنِ أوتَمْلأُ مَا بَيْنَ الْسَّمَاءِ وَالأَرْضِ
Subhanallah dan al-Hamdulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi
وَالصَّلاَةُ نُوْرٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ
solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran,
وَالْقُرْءَانُ حُجَّةٌ لَكَ أوْ عَلَيْكْ
al-Quran itu hujjah untuk engkau atau terhadap rngkau
كُلُّ النَّاسِ يَغْدُوْ فَبَائِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوْبِقُهَا.
semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya”.

Nota Hadis Ting.3- IHSAN TERHADAP BINATANG

عَنْ أبِىْ يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رضي الله عنه: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اِنَّ اللهَ كَتَبَ الاءِحْسَانَ عَلَي كُلِّ شَىْءٍ فَاِذَا قَتَلْتُمْ فَأحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَاِذَا ذَبَحْتُمْ فَأحْسِنُوا الذَّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيْحَتَهُ.




Maksudnya:

Daripada Abu Ya’la bahawa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh, jika kamu menyembelih , berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan


Terjemahan
Ayat Hadis
Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara
اِنَّ اللهَ كَتَبَ الاءِحْسَانَ عَلَي كُلِّ شَىْءٍ
Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh,
فَاِذَا قَتَلْتُمْ فَأحْسِنُوا الْقِتْلَةَ
jika kamu menyembelih , berlaku ihsanlah ketika menyembelih
وَاِذَا ذَبَحْتُمْ فَأحْسِنُوا الذَّبْحَةَ
Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan.
وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيْحَتَهُ